Peristiwa perang hunain patut menjadi pelajaran bagi kita dalam kondisi apapun, setelah peristiwa penaklukan kota meka oleh Rasulullah bersama 12.000 pasukannya 10.000 adalah sahabat yang bersama beliau pada saat peristiwa fattu Makkah sedangkan 2000 berasal dari suku Quraisy yang baru masuk islam setelah peristiwa fattu Makkah di bawah komando Abu Sufyan. Di masa itu, tentera sebesar itu hampir tak pernah ada di Tanah Arab. Namun, justeru kekuatan jumlah mereka inilah yang menjadi penyebab kekalahan awal mereka. Sebabnya, berlainan dengan di masa lalu, sekarang mereka membanggakan diri kerana jumlahnya yang besar. Akibatnya, mereka mengabaikan taktik dan prinsip-prinsip perang.
Ketika para sahabat melihat jumlah tentera yang besar itu ada di antara mereka yang berkata, “Sama sekali kita tak akan kalah, kerana jumlah tentera kita jauh lebih besar daripada musuh.” Namun, ia tidak menyedari bahawa keunggulan jumlah bukanlah satu-satunya faktor penentu kemenangan, dan sesungguhnya faktor itu malah kurang penting.
Al-Quran sendiri menyebutkan hal ini yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas ini telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.”
Maka dalam kondisi apapun jadilah kita apa adanya terlalu membanggakan diri justru akan membuat kita hanyut hingga membuat kita lupa dengan tujuan awal kita.
0 komentar:
Posting Komentar